Klaus Barbie


Klaus Barbie, nama jolokan THE BUTCHER OF LYON, bahasa Perancis, BOUCHER DE LYON, (lahir 25 Oktober 1913, Godesberg, berdekatan Bonn. - meninggal 25 September 1991, Lyon, Perancis), merupakan salah seorang pemimpin Nazi, ketua Gestapo di Lyon dan bertanggungjawab ke atas kematian lebih kurang 4000 orang dan deportasi lebih kurang 7500 yang lain.[1] Selepas tamat Perang Dunia II, beliau telah dikehendaki oleh kerajaan Perancis atas jenayah perang yang dilakukannya di Lyon sebagai ketua Gestapo. Beliau kemudian telah direkrut dan digunakan oleh pihak Amerika Syarikat dalam tugas perisikan anti-Soviet.Pada tahun 1971, beliau telah ditemui di Peru dan dituduh melakukan pemanipulasian kewangan. Klaus Barbie kemudian melarikan diri ke Bolivia dan akhirnya diperintahkan keluar dari negara itu setelah perbincangan oleh kedua-dua kerajaan Perancis dan Bolivia. Klaus Barbie kemudian dihadapkan ke dalam perbicaraan, didapati bersalah dan dipenjarakan. Beliau meninggal di dalam penjara di Lyon, Perancis pada usia 77 tahun.

Klaus Barbie

Pangkat Hauptsturmführer(Kapten)
Nama samaran The Butcher of Lyon (Perancis: Boucher de Lyon)
Nama lahir Nikolaus Barbie
Tahun perkhidmatan 1942-1949
Kesetiaan  Nazi Germany
Pertempuran Perang Dunia II
Meninggal dunia September 25, 1991
Lyon, Perancis
Kelahiran (1913-10-25)25 Oktober 1913
Bad Godesberg, Prussia
Arahan Ketua GESTAPO cawangan Perancis
Perkhidmatan Schutzstaffel